Wednesday, August 26, 2015

JIKA ANDA BERSIH, MENGAPA TIDAK MENGIKUT PERATURAN?


Ya mengapa? Ramai sedang bertanya. Sila jawab. Mengapa anda tidak ikut peraturan Akta Perhimpunan Aman 2011? Akta yang telah dibentang, dibahas dan diluluskan oleh Parlimen yang wakil-wakil anda ada di situ.

Sangat terang dalam Akta itu bahawa protes dan demonstrasi jalanan adalah dilarang. Kaedah-kaedah permohonan perhimpunan aman juga dinyatakan dan anda boleh berhimpun walau di dalam stadium setelah diluluskan oleh Polis.

Mengapa anda ingin mengganggu peniaga kecil, sederhana dan besar yang ingin mencari rezeki? Mengapa anda ingin merosakkan kegembiraan Rakyat Malaysia dalam Bulan Kemerdekaan? Mengapa anda ingin membimbangkan pelancong yang sekarang sudah datang dan yang ingin datang melihat keindahan Malaysia dan kota raya?

Mengapa anda ingin mengkhuatirkan dan menimbulkan persepsi negatif kepada iklim pelaburan negara?
Bukan senang dan bukan sedikit pelbagai urusan yang diusahakan oleh MITI dan MIDA khasnya dalam menarik pelaburan bagi faedah negara.

Mengapa anda ingin
menyusahkan semua rakyat yang ingin menikmati keamanan? Mengapa anda ingin menyusahkan pemandu teksi, pemandu bas dan orang ramai yang ingin menguruskan keluarga? Mengapa anda ingin memberikan imej yang tidak baik di mata dunia seperti yang telah berlaku dalam siri keganasan demonstrasi jalanan sebelum ini?

Mengapa anda tidak memilih untuk terus sahaja berkumpul dalam stadium untuk Bersih 4.0 itu? Adakah kerana jika dalam stadium itu maka nanti tiada aksi kawalan Polis dan tindakan pencegahan yang boleh di"viral"kan dan disensasikan oleh rakan-rakan media anda untuk di sebar ke seluruh dunia?

Atau anda memang menggunakan SOP asing ingin menjatuhkan kerajaan secara tidak sah melalui demonstrasi jalanan? Anda sudah pernah menang di beberapa negeri dalam pilihanraya umum dan menang beberapa pilihanraya kecil. Jika kaedah pilihanraya di Malaysia ini tidak betul, anda tidak akan dapat 88 kerusi daripada 222 kerusi di Parlimen.

Setiap aksi akan berlaku reaksi. Hasrat pelanggaran peraturan anda  telah mengundang gerakan anti Bersih. Mereka kata jika anda batalkan protes jalanan, maka NGO-NGO yg berbaju merah itu juga akan membatalkan hasrat mereka. Ramai berharap agar pihak berkuasa segera mengambil tindakan yg perlu. Ingatlah pesanan bahawa mencegah itu lebih baik daripada mengubat.

Hairan...Mengapa anda menamakan diri sebagai Bersih? Walhal ianya dipenuhi dengan kaedah yang kotor. Sekali lagi kami ingin bertanya, jika Bersih itu bersih mengapa anda tidak mengikut peraturan negara ini?

Ahmad b Maslan 26 Ogos 2015

1 comment:

  1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

    ReplyDelete