Friday, September 18, 2015

Friday, September 11, 2015

TINGGI RUPANYA NILAI KESTABILAN.

Dua tiga empat lima,
Enam tujuh lapan sembilan,
Mari hidup bersama-sama,
Dalam Malaysia makmur aman.

Tiga empat lima enam,
Tujuh lapan sembilan sepuluh,
Mari kita tanamkan azam,
Majukan Malaysia dengan bersungguh.

Pada 3/9/15 saya diminta oleh DS Mustapa Mohamed, Menteri MITI untuk merasmikan kilang syarikat Denmark, GN Resound di Kulai, Johor. Kilang ini mengeluarkan alat pendengaran yang mengguna teknologi tinggi untuk mereka yang bermasalah pendengaran. Majoriti produknya adalah untuk eksport ke luar negara.

Sewaktu di meja makan saya bertanya kepada CEO syarikat, mengapa mereka memilih Malaysia untuk melabur? Jawapan beliau ialah kerana kestabilan politik, prasarana seperti lebuhraya, lapangan terbang dan pelabuhan yang baik serta pelbagai insentif diberikan.

Tinggi rupanya nilai kestabilan politik negara ini pada kaca mata mereka.

Pada 10/9/15 pula saya merasmikan kilang Hokto Malaysia, milik syarikat Jepun di Enstek Nilai, Negeri Sembilan. Kilang ini mengeluarkan cendawan dengan kaedah teknologi tinggi yang 70% adalah untuk pasaran eksport.

Saya bertanya kpd MD syarikat mengapa memilih Malaysia untuk melabur rm80 juta ringgit pada peringkat permulaan dan menjadikan hub untuk kawasan ASEAN? Dia menjawab kerana kestabilan politik, taraf hidup rakyat yang agak tinggi untuk membeli cendawan keluaran mereka dan sijil halal Malaysia diiktiraf oleh semua negara.

Dua jawapan yang sama diberikan oleh peneraju dua pelabur itu ialah kestabilan politik negara kita menjadi penyebab mereka memilih Malaysia. 70% pekerja mereka ialah rakyat negara ini, pindahan teknologi akan dibuat dan pelbagai bahan mentah dalam negara dijadikan sumber yang boleh menjana perniagaan tempatan.

Tinggi rupanya nilai kestabilan politik negara ini pada pandangan dunia.

Saya pasti ada ribuan lagi syarikat luar negara yang memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan dengan membawa jutaan peluang pekerjaan memberikan jawapan yang hampir sama iaitu Malaysia yang aman, damai, harmoni, progresif, moden dan stabil sebagai faktor utama mereka di sini.

Nilai pelaburan diluluskan Kerajaan yang diumumkan oleh MITI untuk separuh pertama tahun 2015 adalah rm113.5 billion dan pada separuh pertama 2014 adalah rm112 billion. Ini adalah bukti jelas keyakinan pelabur kepada kestabilan negara kita.

Kestabilan jugalah antara sebab mengapa jutaan pelancong asing tetap datang ke negara kita yang cantik dengan budaya yang menarik. Semuanya menjadikan ekonomi kita terus berkembang, anak cucu kita mempunyai pekerjaan dan kita boleh mencari kehidupan.

Ia juga menunjukkan bahawa bukan semata-mata kepandaian kita berniaga yang menjadi tarikan pelabur, tapi kombinasi dengan kebijaksanaan kita mentadbir yang diterajui oleh DS Mohd Najib, Perdana Menteri yang berjaya menjaga kestabilan politik dan kemakmuran di negara ini.

Oleh itu janganlah tiba-tiba masyarakat kita menjadi emosional dan meletakkan rasional di belakang. Janganlah pula menjatuhkan hukuman bersalah kepada pihak yang belum didapati bersalah. Sedangkan prinsip yang diterima pakai di seluruh dunia ialah seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dia dibuktikan bersalah dalam mahkamah.

Janganlah juga kita menjadikan media sosial sebagai medan mahkamah persepsi dengan menabur fitnah terhadap pelbagai pihak. Kita perlu bersifat matang dan bertamadun tinggi dengan mengelakkan emosi, fitnah dan persepsi yang kini malangnya semakin mengatasi rasional, kebenaran dan realiti.

Marilah kita dari pelbagai generasi sehati sejiwa untuk menjaga keamanan, kedamaian, perpaduan dan keharmonian agar kemakmuran, keselamatan dan kemajuan sama-sama boleh terus dinikmati oleh anak cucu kita nanti.

Jangan kita rosakkan  kestabilan politik negara ini yang tinggi nilainya pada pandangan dunia dan telah memberikan kita kesejahteraan dan kebahagiaan.

Ahmad Maslan 11/9/2015.

Thursday, September 10, 2015

Tuesday, September 1, 2015