Saturday, April 8, 2017

MAJLIS PERASMIAN LETMALL DAN ACARA TANDATANGAN MOU PERTUBUHAN USAHAWAN BUMIPUTERA MALAYSIA (PUBM) PERSATUAN SAHABAT USAHAWAN MALAYSIA (PSUM)

Program-program di bawah Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera MITI dan Agensi pada tahun 2016 masih diteruskan pada tahun 2017 dengan pendekatan yang lebih komprehensif iaitu untuk mencipta jaguh di peringkat nasional, serantau dan global. 

Fokus akan diberikan kepada program-program berikut yang selaras dengan RMK-11: memperluas latihan kemahiran tinggi dan profesional bertauliah; mempertingkat program bersepadu berorientasikan pembangunan kepada perusahaan Bumiputera; dan mempergiat program pembiayaan usahawan.

Pada tahun 2017 ini juga, MITI dan agensi akan melaksanakan 57 program untuk PKS dengan peruntukan sebanyak RM2.3 bilion yang akan memberi manfaat kepada 5,936 PKS.

Sebanyak 9 program diperuntukkan untuk PKS Bumiputera dengan peruntukan sebanyak RM117.5 juta yang akan memberi faedah kepada 987 PKS. 

Antara program-program untuk PKS yang akan dilaksanakan oleh MITI dan agensi untuk tahun 2017 adalah seperti berikut:

Bil
Agensi
Program

MITI
  1. Program Peningkatan Prestasi/Keupayaan dan Daya Tahan PKS
- Satu Daerah Satu Industri (SDSI)
- Groom Big (GB)
  1. Geran Penyelidikan dan Pengkomersilan Vendor Bumiputera (GPPV)
  2. Program Pembangunan Kapasiti Vendor Bumiputera (PPKV)

MATRADE
  1. Go Ex
  2. Pembangunan Eksport Bumiputera
  3. Mid Tier Program

SME Corp.
  1. Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE MEGA)
  2. Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP)
  3. Program Galakan Eksport Bumiputera (GEB)
  4. HIP 1:  Integrasi Pendaftaran dan Pelesenan Penubuhan Perniagaan
  5. HIP 2: Program Technology Commercialisation Platform
  6. HIP 3 : Program SME Investment Partner di Bawah   Pelan Induk PKS
  7. HIP 4: Program Going Export
  8. HIP 5: Program Catalyst
  9. HIP 6: Program Inclusive Innovation di Bawah Pelan Induk PKS

SME Bank
  1. Skim Anjakan Usahawan (SAU)
  2. Best Exporter

MIDF
  1. Skim Pinjaman Mudah bagi Automasi dan Modenisasi (SLSAM)

No comments:

Post a Comment