Tuesday, June 13, 2017

YAB TPM mulakan secara rasmi operasi percetakan Nasyrul Quran (pusat percetakan al-Quran) hari ini

 YAB TPM mulakan secara rasmi operasi percetakan hari ini 13/6/2017. YB DS Jamil Khir selaku Pengerusi, saya Timbalan & Dato Latif Mirasa selaku CEO Nasyrul Quran. 

YAB PM telah pecah tanah Nasyrul Quran (pusat percetakan al-Quran) di Precinct 14 Putrajaya sebelum ini. Pusat percetakan al-Quran kedua terbesar di dunia selepas Madinah, Insya'Allah

Dengan izin Allah jua saya selaku salah seorang Pemegang Amanah bersama Dato Latif Pengerusi Yayasan Restu sejak tahun 2000 sekitar 17 tahun lalu telah membantu melaksanakan pengeluaran 9 mushaf al-Quran tulisan tangan berhias penuh & boleh dicetak di Kompleks Taman Seni Islam Antarabangsa Shah Alam. Di Nasyrul Quran Putrajaya, kami berhasrat utk mencetak 1 juta pelbagai saiz & mushaf al-Quran setahun untuk disebar secara percuma  di Malaysia & umat Islam minoriti di seluruh dunia. Kami mengalu-alukan sumbangan secara wakaf. Mudah-mudahan usaha ini diberkati & dibantu oleh Allah s.w.t.

No comments:

Post a Comment