Tuesday, August 29, 2017

Merasmikan Program Peluang Perniagaan Industri Halal

29 OGOS - Merasmikan program Peluang Perniagaan Dalam Industri Halal di Jepun yang berlangsung di Kuantan, Pahang. Peluang perniagaan sempena penganjuran Olimpik 2020 yang dianjurkan oleh MITI Pahang serta kerajaan Negeri dan JETRO ( Japan External Trade Organization)





Monday, August 28, 2017

Lawat Kilang Roti Burger & Frankfurter Wann Trading Corp.

26 OGOS - Melawat kilang Wan Trading Corp yang terletak di Telaga Batu, Tumpat, Kelantan. Kilang ini mengeluarkan roti burger dan frankfurter. Kilang ini mencatat jualan sebanyak RM17 juta pada tahun 2016. Satu contoh kejayaan usahawan Bumiputera dalam membina bangsa usahawan.







Thursday, August 24, 2017

Ekspo Halal Terbesar Malaysia, Halal Fiesta (Halfest) ASEAN 2017


KUALA LUMPUR 23 Ogos - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, usahawan yang terlibat dalam industri halal perlu me­lakukan penambahbaikan bagi memastikan produk mereka berkualiti tinggi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kejayaan memperting­katkan keupayaan produk halal akan mengekalkan Malaysia sebagai pelopor industri tersebut yang kini menyumbang 7.5 peratus Ke­luaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau bersamaan RM42 bilion.

“Halal bukan hanya logo dan produk makanan tetapi apabila bercakap tentang halal kita perlu lihat kebolehpasaran produk dan kualiti barangan,” katanya ketika berucap merasmikan ekspo halal terbesar Malaysia, Halal Fiesta (Halfest) ASEAN 2017, di sini hari ini.

Katanya, penjenamaan, harga dan keberkesanan strategi pengeluaran perlu diberi perhatian agar produk yang dihasilkan tidak dianggap produk pilihan kedua..
Advertisement

Yang turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Timbalannya, Datuk Ahmad Maslan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Halfest ASEAN 2017 diunjurkan bakal menjana nilai jualan kira-kira RM6 juta tahun ini berban­ding RM4 juta yang direkodkan dalam penganjuran tahun lalu

Penganjuran kali keenam itu akan berlangsung selama lima hari bermula hari ini di Pusat Pameran dan Persidangan Mines (MIECC).

Halfest kali ini disertai lebih daripada 550 pempamer serta 150,000 produk dan perkhidmatan halal yang berinovasi serta berkualiti tinggi.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, penubuhan Majlis Halal Malaysia memberi perspektif luas terhadap industri halal apabila pihak swasta seperti agensi perbankan yang saling bekerjasama dengan jabatan kerajaan dalam menerokai potensi dimilikinya.

“Saya merasakan usaha Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) menjadikan Malaysia sebagai hab halal paling tersohor, merupakan satu usaha berterusan bagi melihat kolaborasi semua pihak,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru negara ASEAN menghantar lebih ramai peserta ke Halfest pada masa depan dalam mempromosi produk halal bermutu tinggi yang bukan sahaja sesuai digunakan orang Islam tetapi juga penganut agama lain.





Tuesday, August 22, 2017

ANUGERAH DESA PERDANA

Syukur Alhamdulillah Kpg Parit Puteri Menangis, Benut, Pontian menjadi Naib Juara Anugerah Desa Perdana 2017 utk kategori Kpg Tradisi. Juara ialah Kpg Baru Kemasik, Kemaman, Terengganu. 

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Perdana Menteri YAB DS Najib dan YB DS Ismail Sabri Menteri KKLW di Dwn Tun Razak 1, PWTC, KL petang Selasa 22/8/17. Saya dan Tn Hj On DO Pontian turut hadir bersama semua Ketua Kpg dan semua Tok Penghulu. 

YAB PM juga mengumumkan insurance khas kpd JKKK/JKKP/JKK Org Asli & Kad khas kpd JKKK/JKKP/JKKOA sbg pengiktirafan kepada kerja baik mereka selama ini untuk membangunkan kpg masing-masing.

Juara kategori Kpg Org Asli pula ialah Pengkalan Tereh, Sembrong, Johor. Logiknya sukar untuk dua kategori dimenangi oleh negeri yang sama. Sebelum ini Kpg Permatang Duku, Benut, Pontian pernah menjadi Juara Anugerah Desa Lestari peringkat kebangsaan. Kpg Puteri Menangis adalah kpg kedua yang berjaya dalam kawasan Pontian di peringkat nasional. Terbaik!

Naib Juara menerima hadiah rm50 ribu tunai dan rm250 ribu berbentuk projek. Saya menaja 3 buah bas penduduk Puteri Menangis utk hadir ke Majlis penting ini. Sempat makan tengahari bersama mereka di Auditorium Bgn UMNO, PWTC. Saya berpesan bahawa kita telah berusaha dan berdoa, maka bertawakallah kepada ketentuan Allah.

Anugerah Desa Cemerlang ADC peringkat Parlimen Pontian adalah acara tahunan yang akan diteruskan pada tahun ini. Hadiah juara ialah rm25 ribu tunai dan rm150 ribu projek. Kpg Puteri Menangis pernah menang ADC parlimen sebelum ini. Tok Penghulu sedang membuat senarai pendek 2 kpg terbaik peringkat mukim untuk finalist 10 kpg dari 5 mukim dalam kawasan parlimen Pontian.

Terima kasih dan tahniah kepada semua penduduk Kpg Puteri Menangis. Terima kasih juga kepada Dato Hasni dan semua jabatan yang terlibat. Terima kasih khusus kpd Tuan DO Hj On, Tok Penghulu Zulkifli, ketua kpg Hj Ahmadon, ketua cawangan Sdra Sapari dan KEMAS Daerah Pontian.

"Puteri tidak menangis lagi" (walau Naib Juara) sebab bukan mudah utk menang daripada 16,000 kpg di seluruh negara dan 22,000 kpg jika termasuk kpg rangkaian. Sesuatu yang menarik di kpg kita ada Sekolah Kebangsaan Seri Senang Hati. Teruskan senang hati dan jangan menangis lagi. Teruskan kecemerlangan kpg kita untuk selamanya, menjadi contoh terbaik kepada semua.

(Ahmad b Maslan 22/8/17)









Festival Budaya & Ekonomi (Malaysia-Indonesia Se-ASEAN)

20 OGOS - Festival Budaya & Ekonomi (Msia-Indonesia Se-ASEAN) di Hotel Berjaya KL. Dihadiri DS Ku Nan, DS Mahadzir Khalid, DS Irmohizam, saya, beberapa Gabenor, Bupati, Walikota serta lebih 1000 usahawan ke dua negara. Perdagangan Msia-Inesia pada Jan-Jun 2017 meningkat 32.7% dari rm27.31 billion kpd rm36.25 billion dibanding tempoh sama 2016.






Friday, August 18, 2017

Majlis Pelancaran Negaraku Sehati Sejiwa Parlimen Pontian

17 OGOS - Hadir di Majlis Pelancaran Negaraku Sehati Sejiwa peringkat Parlimen Pontian yang disertai ratusan anak muda bermotorsikal di Dataran R&R Simpang 3, Kayu Ara Pasong, Pontian.








Wednesday, August 16, 2017

Majlis Pelancaran Negaraku Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Johor

16 OGOS - Menghadiri Pelancaran Negaraku Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Johor 2017 di Dataran Pontian yang dirasmikan oleh YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin Menteri Besar Johor.










Majlis Pecah Tanah Gelanggang Muafakat Parit Hj. Sirat, Pontian

16 OGOS - Pecah Tanah Gelanggang Muafakat Parit Hj Siraj, Pontian. Diharap gelanggang ini dapat digunakan sebaik mungkin oleh penduduk tempatan sebaik ia disiapkan kelak.







Tuesday, August 15, 2017

Pameran Aeroangkasa di Menara MITI

15 OGOS - Saya bersama YB Menteri, Datuk Seri Mustapha Mohamed sempat melawat pameran daripada beberapa syarikat yg terlibat dlm industri aeroangkasa di Menara MITI hari ini. Suatu usaha yg baik utk beri informasi kpd org ramai & usahawan.