Thursday, August 24, 2017

Ekspo Halal Terbesar Malaysia, Halal Fiesta (Halfest) ASEAN 2017


KUALA LUMPUR 23 Ogos - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, usahawan yang terlibat dalam industri halal perlu me­lakukan penambahbaikan bagi memastikan produk mereka berkualiti tinggi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kejayaan memperting­katkan keupayaan produk halal akan mengekalkan Malaysia sebagai pelopor industri tersebut yang kini menyumbang 7.5 peratus Ke­luaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau bersamaan RM42 bilion.

“Halal bukan hanya logo dan produk makanan tetapi apabila bercakap tentang halal kita perlu lihat kebolehpasaran produk dan kualiti barangan,” katanya ketika berucap merasmikan ekspo halal terbesar Malaysia, Halal Fiesta (Halfest) ASEAN 2017, di sini hari ini.

Katanya, penjenamaan, harga dan keberkesanan strategi pengeluaran perlu diberi perhatian agar produk yang dihasilkan tidak dianggap produk pilihan kedua..
Advertisement

Yang turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Timbalannya, Datuk Ahmad Maslan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Halfest ASEAN 2017 diunjurkan bakal menjana nilai jualan kira-kira RM6 juta tahun ini berban­ding RM4 juta yang direkodkan dalam penganjuran tahun lalu

Penganjuran kali keenam itu akan berlangsung selama lima hari bermula hari ini di Pusat Pameran dan Persidangan Mines (MIECC).

Halfest kali ini disertai lebih daripada 550 pempamer serta 150,000 produk dan perkhidmatan halal yang berinovasi serta berkualiti tinggi.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, penubuhan Majlis Halal Malaysia memberi perspektif luas terhadap industri halal apabila pihak swasta seperti agensi perbankan yang saling bekerjasama dengan jabatan kerajaan dalam menerokai potensi dimilikinya.

“Saya merasakan usaha Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) menjadikan Malaysia sebagai hab halal paling tersohor, merupakan satu usaha berterusan bagi melihat kolaborasi semua pihak,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru negara ASEAN menghantar lebih ramai peserta ke Halfest pada masa depan dalam mempromosi produk halal bermutu tinggi yang bukan sahaja sesuai digunakan orang Islam tetapi juga penganut agama lain.





1 comment:

  1. Asslamualaikum....
    saya hanya sebagai perantara untuk menyampaikan tentang dana ghaib diperoleh melalui media doa-doa dzikir khusus bersama anak-anak yatim/piatu dan muda/mudi pesantren sehingga jauh dari hal-hal klenik/mistik yang tentunya dilarang oleh Agama.
    PROGRAM PENARIKAN DANA GHOIB 1/2 HARI CAIR
    Tingkat 1 = Untuk Hasil 500 Juta
    Tingkat 2 = Untuk Hasil 1 Milyar
    Tingkat 3 = Untuk Hasil 2 Milyar
    Tingkat 4 = Untuk Hasil 3 Milyar
    Tingkat 5 = Untuk Hasil 4 Milyar
    Tingkat 6 = Untuk Hasil 5 Milyar
    Tingkat 7 = Untuk Hasil 6 Milyar
    Tingkat 8 = Untuk Hasil 7 Milyar
    insyallah akan sukses jika anda mau mengambil keputusan untuk mengikuti program ini. ingat bahwa kita yang menjalakan tapi allah yang akan menentukan hasilnya.
    JIKA TEMAN TEMAN BERMINAT, YAKIN DAN PERCAYA INSYA ALLAH AKAN BERHASIL, SAYA SENDIRI SUDAH BUKTIKAN ALHAMDULILLAH BERHASIL. JIKA ANDA BERMINAT SILAHKAN HUBUNGI AKI RAWANG KUSUMO DI 082393694699 Terima Kasih

    ReplyDelete