Wednesday, August 9, 2017

UMNO BAHAGIAN PERLU SEGARA AKTIFKAN BIRO IT - SEMINAR MEDIA SOSIAL (SMS) PERAK 2017

SERI ISKANDAR: Penggunaan laman sesawang seperti Facebook, WhatsApp dan Twitter dijangka bakal menjadi medium utama kempen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), sekali gus mampu menyumbang kepada kemenangan calon yang bertanding. 

Justeru, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ahmad Maslan meminta semua bahagian parti itu bertindak segera mengaktifkan Biro Teknologi Maklumat (IT) masing-masing untuk menarik pengundi terutama generasi muda kerana golongan terbabit menjadikan media sosial sebagai instrumen utama memperoleh maklumat.

Beliau yang juga Pengerusi Biro IT UMNO pusat berkata, biro itu juga diarah supaya menangkis semua fitnah yang dilontarkan pihak pembangkang kerana golongan muda tidak meminati ceramah dan sesi penerangan, sekali gus mereka tidak mendapat berita sebenar atau fakta yang tepat.

“Kita bimbang jika langkah segera tidak dilakukan ia akan memberikan impak yang besar kepada kerajaan khususnya apabila menghadapi PRU-14 akan datang,” katanya kepada pemberita selepas majlis Seminar Media Sosial (SMS) anjuran Biro IT dan Jaringan IT UMNO di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi serta Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Zaim Abu Hasan.

Ahmad juga meminta pemimpin UMNO tidak mengabaikan pengundi yang berasal dari kawasan mereka walaupun tidak menetap di tempat asal kerana merantau atau berhijrah ke kawasan lain.

Beliau berkata, sejajar dengan perkembangan zaman teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), seseorang pengundi asal atau pemilih itu masih mampu memberi tumpuan terhadap kawasan asal mereka meskipun berada jauh atau jarang pulang.






1 comment:

  1. Terima kasih yang amat dalam kami ucapkan kepada MBAH SELONG yang
    telah memberikan kebahagian bagi keluarga kami…berkat Beliau saya
    sekarang udah hidup tenang karena orang tuaku udah buka usaha dan
    punya modal untuk buka bengkel skrang pun orang tuaku tidak di
    kejar-kejar hutang lagi…dan keluarga Kami di berikan Angka
    Ritual/Goib Dari mbah yg sangat Jitu 100%dijamin
    tembus…hingga keluarga kami sekarang merasa tenang
    lagi…terima kasih mbah…Jika Anda ada yg merasa kesulitan
    masalah Nomer ToGEL silahkan hbg Aja MBAH SELONG
    dinmr hp beliau (081-322-565-355) ATAU KLIK SITUS KAMI
    dan saya sudah membuktikan 3kali berturut2 tembus terimah kasih

    ReplyDelete