Wednesday, September 6, 2017

GST, JUALAN MURAH & HARGA BARANG



Pada Isnin 4/9/17 saya ada tweet dlm twitter @ahmadmaslan satu kenyataan "Kenapa ada jualan murah? Banyak bulan dlm setahun. Itu 1 bukti #GST boleh mengurangkan harga barang. Jika sale 30% tolak GST 6% maka untung 24% ". Tidak dijangka pula ia telah mengundang pelbagai pandangan. 

Elok saya perjelaskan perkara ini untuk lebih difahami. Hingga sekarang, masih ada di luar sana yang mempertikaikan kenyataan saya sebelum ini bahawa GST boleh mengurangkan harga barang. Jadi saya juga berhak untuk membela diri, walau GST bukan lagi di bawah tugasan saya.

Kini saya melihat bahawa kenyataan harga barang boleh turun sebab GST itu sedang berlaku bila jualan murah / "sales" dibuat merata tempat hinggakan KPDNKK mengarahkan jualan murah tidak boleh dibuat lebih daripada 4 kali dalam masa setahun. 3 kali pada waktu yang ditentukan oleh KPDNKK dan sekali oleh peniaga sendiri. 

Lihat www.kpdnkk.gov.my dan kenyataan akhbar yang saya sertakan dalam tweet itu.

Apa maksud jualan murah? Maksudnya dengan lain perkataan harga barang diturunkan oleh peniaga. KPDNKK bertegas untuk pastikan ketulenan tawaran murah. Antara lain, perlu ada rekod-rekod harga barang itu hingga 6 bulan terdahulu, pamerkan harga sebelum dan selepas tawaran dan minima murah 10% daripada harga asal. Maksima tawaran harga murah terpulang kepada peniaga, ada 20%, 30%, 50% hingga 70-80%. 

Jika GST sentiasa menaikkan harga barang, jualan murah tidak boleh dibuat. Tapi hakikatnya, teori GST telah berulang kali disebut boleh mengurangkan kos perniagaan. Elemen cukai input dalam GST memang membantu mengurangkan kos dan terpenting dapat juga mengelak penipuan cukai. Jika kos berkurang, maka jualan murah boleh dibuat.

Seperkara lagi, GST telah mengurangkan cukai. Sepatutnya bila cukai kurang maka harga barang juga berkurang. Ada barangan yang dulu SSTnya 5% sekarang jadi "zero-rated". Ada banyak barang yang dulu bercukai tinggi 10% masa SST, kini turun kepada 6% GST. Semua ini menjadi sebab jualan murah boleh dibuat. 

Tambahan pula, selepas GST dilaksana, pengguna telah menangguhkan pembelian kerana beranggapan harga barang sedang naik. Faktor psikologi ini menyebakan permintaan / "demand" terus merosot. Untuk menarik semula pelanggan membeli, peniaga tiada pilihan selain mengurangkan keuntungan dengan mengadakan jualan murah. Fenomena ini berlaku di semua 170 negara yang melaksanakan GST / VAT di seluruh dunia. 

Walau pun ada jualan murah, GST perlu terus dibayar juga kecuali kepada banyak barang keperluan harian yang "zero-rated". Sila lihat www.gst.customs.gov.my Maka saya sebut satu contoh jika jualan murah 30% tolak bayaran GST 6% jadi penjimatan atau manfaat secara kasar atau faedah atau untung jualan murah itu jadi 24%. Ini adalah kiraan yang mudah, hanya perbandingkan peratusan jualan murah dengan peratusan GST. Dalam akaun twitter, ayat hanya ringkas. 

Namun jika dikira harga barangnya dengan teliti, peratusan itu berubah. Kita ambil contoh barang berharga rm100 yang belum dicampur GST, ada jualan murah 30%. Maka harga kini ialah rm70. Kena bayar GST 6% atas rm70 itu maka jadi rm74.20. Penjimatan daripada rm100 tadi jika ditolak rm74.20 ialah rm25.80. Penjimatan atau untung rm25.80 atau 25.8% ini lebih kurang hampir 26%. Tetapi jika rm100 itu dicampur GST 6% terlebih dahulu, lain pula peratus penjimatannya.

Bagaimana pun kiraannya, rumusan penting ialah jualan murah itu menandakan harga barang boleh diturunkan pada zaman GST. Itu mesej utama yang ingin saya sampaikan. Dan ini sesuai dengan kenyataan saya dahulu bahawa GST boleh mengurangkan harga barang.

Oleh itu, saya ingin mengesyorkan agar pengguna yang ingin membeli barang yang tidak selalu dibeli dan ada GST seperti pakaian, perabut, telefon bimbit, alat solek, barangan elektrik, pinggan mangkuk, motorsikal, kereta dan lain-lain, belilah ketika ada jualan murah. GST masih dibayar tapi dengan harga yang lebih murah dan ada peratus penjimatan.

Barang-barang keperluan harian yang selalu kita beli seperti beras, tepong, mee, roti, garam, gula, semua sayuran, semua buah-buahan, semua makanan laut basah dan kering, ayam, telur, daging, kambing, minyak masak, gas masak, air paip, ron 95 dan lain-lain, semuanya itu "zero-rated", tiada GST.

Pengguna ada kuasa 3M iaitu memilih, memboikot dan melapor. Oleh itu, kita perlu jadi pengguna yang bijak. Peniaga pula mesti menyedari bahawa tanpa pengguna dan pembeli, perniagaan mereka akan berakhir. Oleh itu, jangan mengambil kesempatan ketika pelaksanaan GST ini. Teori yang telah berlaku di negara lain tentang GST, akhirnya lambat laun berlaku juga di negara ini.

(Ahmad b Maslan, 5 Sept 2017)

2 comments:

  1. KISAH NYATA DARI SAYA BPK.KARTA BUKAN REKAYASA INI BETUL2 NYATA DIKELUARGA KAMI.

    Assalamualaikum wr.wb,saya BPK.KARTA seorang buruh tani di madium jawa timur ingin mengucapka banyak terimah kasih kepada KI WARSA atas bantuan AKI. kini impian saya selama ini sudah jadi kenyataan dan berkat bantuan KI WARSA pula yang telah memberikan angka gaib hasil ritual beliau kepada saya yaitu 4D dan alhamdulillah telah berhasil memenangkan 5x berturut turut tembus.sekali lagi makasih yaa AKI karna waktu itu saya cuma bermodalkan uang cuma 400 ribu dan akhirnya saya menang.Berkat angka gaib hasil ritual AKI WARSA saya sudah buka usaha matreal di jakarta dan istri saya juga buka butyk baju dimall mangga dua. Kini kehidupan keluarga saya jauh lebih baik dari sebelumnya,bagi anda yg ingin seperti saya silahkan HUB/SMS AKI WARSA di nomor hpnya di: 0852 4968 9269 atau KLIK DISINI dan ramalan AKI WARSA memang memiliki ramalan GAIB” yang dijamin 100% tembus.
    KARNA RASA HATI YANG GEMBIRA MAKANYA NAMA BELIAU SAYA CANTUNKAN DI INTERNET…

    *** Angka Ritual Gaib Singapura

    *** Angka Ritual Gaib Hongkong

    *** Angka Ritual Gaib Malyaisia

    *** Angka Ritual Gaib Sidney

    *** Angka Ritual gaib Kuda Lari

    ReplyDelete
  2. SEKEDAR INFO BOCORAN TOGEL
    JIKA ANDA BUTUH A'NGKA GHOIB/JITU
    SGP HK MALAYSIA ARAB SAUDI LAOS
    2D_3D_4D-5D-6D-7D DI JAMIN 100% TEMBUS...
    SAYA BUKTINYA SUDAH 5X JP
    DAN SAYA SUDAH BENER2 YAKIN DENGAN AKI RORO
    YANG TELAH MEMBERIKAN ANGKA RITUAL NYA
    BAGI ANDA YANG SUKA MAIN TOGEL
    & INGIN SEPERTI SAYA SILAHKAN GABUNG DENGAN AKI RORO
    SILAHKAN HUB DI NO: ((_085-222-489-867_))

    Sekian lama saya bermain togel baru kali ini saya
    benar-benar merasakan yang namanya kemenangan 4D
    dan alhamdulillah saya dpat Rp 250 juta dan semua ini
    berkat bantuan angka dari AKI RORO
    karena cuma Beliaulah yang memberikan angka
    ritual yg di jamin 100% tembus awal saya
    bergabung hanya memasang 100 ribu karna
    saya ngak terlalu percaya ternyatah benar-benar
    tembus dan kini saya ngak ragu-ragu lagi untuk memasang
    angka nya,,,,buat anda yg butuh angka yang di jamin tembus
    hubungi AKI RORO DI NO: ((_085-222-489-867_))
    insya allah beliu akan siap menbatu kesusahan anda
    ''kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T dan terima kasih banyak kepada AKI RORO

    ReplyDelete