Saturday, October 28, 2017

Jentera Biro IT UMNO Yakin Memenangi Perang Maya - Ahmad Maslan


SUNGAI PETANI, 28 Okt (Bernama) -- Barisan jentera teknologi maklumat (IT) UMNO meletakkan sepenuh keyakinan memenangi 'perang maya', khususnya menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Pengerusi Biro Teknologi Maklumat (IT) UMNO Malaysia merangkap Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ahmad Maslan berkata UMNO kalah dalam media sosial semasa PRU pada tahun 2008 dan 2013.

"Kami tidak mahu kalah lagi pada PRU14 ini dalam peperangan media sosial...ini penting kerana kita (parti) yang membawa kebaikan, menyatakan kebenaran, buat kerja dan bukan hanya tahu 'berkokok'.

"Oleh kerana itu jentera media sosial UMNO mesti menang dalam peperangan maya pada PRU akan datang, kami berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan perang maya PRU akan datang ini dimenangi UMNO dan Barisan Nasional (BN), dan saya yakin kami boleh menang," katanya selepas merasmikan Penutup Bengkel Teknikal Maya (BTM) Peringkat Negeri Kedah dan Perlis, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Biro UMNO negeri Kedah, Datuk Ir Nawawi Ahmad; Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Teknologi Tinggi dan Sumber Manusia, Datuk Noor Sabrina Mohd Noor; dan Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Datuk Abdul Rahim Saad.

Sementara itu, Ahmad turut mengingatkan semua jentera IT UMNO untuk tidak menyebar dan menularkan fitnah sebaliknya kebenaran yang membawa banyak manfaat kepada rakyat dan negara.

Dalam pada itu, katanya, dianggarkan seramai 2,000 jentera IT UMNO setiap bahagian akan berkumpul dalam Konvensyen Media Sosial UMNO Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), 4 Nov ini, bagi mendengar pandangan dan nasihat mengenai persediaan menghadapi PRU14.

"Ini adalah satu lagi usaha kami selama setahun lapan bulan, apabila saya menjadi Pengerusi Biro IT, untuk memperkukuh barisan jentera IT UMNO dan program akan turut dihadiri Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri," katanya.

-- BERNAMA

Lawatan Ke Kilang NPK Fertilizer

28 OKTOBER - Lawatan ke kilang baja padi, getah, sawit di Gurun, Kedah. Sykt. Msian NPK Fertilizer, 80% milik NAFAS, Pertubuhan Peladang Kebangsaan, 20% milik Petronas yg ada kilang urea sebelah kilang ini. Pendapatan rm480-500 juta setahun, pengeluar baja padi terbesar.






Thursday, October 19, 2017

Pilihan Infografik JITU - 19 Oktober 2017






LAWATAN KE KILANG ST. JUDE MEDICAL DI PULAU PINANG

16 OKTOBER - Melawat kilang St Jude Medical di Penang yg kini dikenali sbg Abbott, pengeluar pacemaker utk sakit jantung bagi pasaran global. Pendapatan rm1.09 billion setahun. 850 pekerja 100% rakyat tempatan.









Friday, October 13, 2017

PROGRAM KAWASAN : MAJLIS PECAH TANAH GELANGGANG MUAFAKAT, ZIARAH DEEPAVALI.

13 OKTOBER - Lawat 3 rumah masyarakat India di bandar Pontian. Ibu2 tunggal. Moga Deepavali beri kegembiraan kpd anak2 mereka. 1Malaysia.




Solat Jumaat di Masjid Ar-Rahman Kpg Api-api di DUN  Pulai Sebatang Pontian. Moga hari ini & seterusnya hidup kita diberkati dunia akhirat.



Pecah tanah Gelanggang Muafakat Kpg Sri Dungun kws org Asli di #Pontian Besar, utk anak2 muda beriadah. Projek yg kecil tapi besar maknanya.




ZIARAH KASIH PARLIMEN PONTIAN

13 OKTOBER - Turun Padang bersama rakyat utk Ziarah Kasih, bantu & berdoa utk yg uzur. Juga lawat Tmn Sri Ayer Baloi, Pontian yg memohon dewan terbuka.