Monday, January 29, 2018

Karnival Jom Niaga - Dataran Amanjaya Mall Kedah

27 Januari - Karnival Jom Niaga Wilayah Utara di Dataran Amanjaya Mall, #SgPetani #Kedah. Anjuran SME Corp, MIDF, SME Bank dgn dihadiri bersama semua agensi @MITIMalaysia. Dirasmi oleh Tok Pa. 3 Exco Kedah hadir. Dato Tajul, Dato Ku Rahman & Dato Suraya. Ribuan rakyat hadir. Tamat esok, Ahad.





Sunday, January 28, 2018

Foodtruck Parlimen Pontian

28 Januari - Foodtruck Parlimen #Pontian satu usaha yg baik utk jadikan keusahawanan sbg kerjaya pilihan utama kpd anak2 muda. Anjuran KJOM, Kelab Jejak Orang Muda dihadiri sama Pegawai Daerah. #1Keluarga1Usahawan & #1Kpg1Produk adalah usaha berterusan saya utk tingkatkan pendapatan rakyat.






Thursday, January 25, 2018

Pecah Tanah Gelanggang Muafakat di Kampung Pt. Pinang

25 Januari - Satu lagi gelanggang muafakat. Ini utk Kpg Pt Pinang #Benut #Pontian. Projek kecil utk anak2 muda yg ingin beriadah agar terhindar drpd gejala spt najis dadah. Pegawai #AADK maklumkan saya tadi ada sejumlah kes penagihan dadah di daerah Pontian. Setiap keluarga, jaga anak2 kita.




Thursday, January 18, 2018

Mesyuarat Penyelarasan Agenda Belia Bersama Menteri

18 Januari - Mesyuarat Penyelarasan Agenda #Belia Negara di #KBS dipengerusikan @Khairykj dihadiri ramai Timb Menteri mewakili Kementerian. Kerajaan @barisanasional akan terus membantu belia pelbagai kaum dlm pendidikan, kemahiran, pekerjaan, profesional muda, perniagaan, perumahan, sukan dll.



Wednesday, January 17, 2018

Town Hall Bersama SME Corp

17 Januari - Town Hall di @smecorp hari ini tanya saya ttg kaedah atur masa dlm hidup yg sibuk. Jawapan: (1) Saya mulakan hari seawal 4.45 pagi setiap hari (2) Mesy strategik mingguan tanpa gagal utk atur prgm2 dll komitmen (3) Matlamat hidup kerana Allah demi #ABATA, Agama, Bangsa, Tanah Air.

Saya jawab pelbagai soalan di #SMECorp pagi ini dlm sesi Town Hall. Seronok bersama ratusan staf agensi penting @MITIMalaysia termasuk 12 negeri secara live streaming. Ttg visi kpd usahawan #PKS. Saya sebut ttg #1Keluarga1Usahawan, #1Kpg1Produk #1Daerah1Industri & #BangsaUsahawan






Tuesday, January 16, 2018

Promosi Karnival Niaga Bersama Astro Awani

16 Januari - Promosi Karnival Jom Niaga 26-28 Januari 2018, 10 pg - 10 mlm di Dataran Amanjaya Mall, #SgPetani #Kedah. Bersama #Astro #Awani di @MITIMalaysia ptg tadi. Pelbagai pengisian program ini. Datang jangan tak datang. 100 booth usahawan #PKS. Job fair, kerja kosong utk anak muda dll.



Monday, January 15, 2018

MITI Brainstorming 2018

14 Januari - Sesi percambahan fikiran @MITIMalaysia hari ini di Sime Darby CC dgn @Mustapa_Mohamed, TM @chuaty & ditutup esok oleh @OngKaChuan. Kami ingin bantu industri #Malaysia ke tahap yg lebih baik, bertaraf dunia, beri peluang pekerjaan berkualiti & beri peluang perniagaan kpd rakyat.







Lawatan Sekitar Pasar Lambak di Pontian

14 Januari - Di pasar lambak bandar #Pontian mcm2 ada. Buah-buahan tempatan, import. Cempedak goreng dll. Harga patut. Ramai pembeli. Kos sara hidup boleh dikurangkan jika beli di pasar malam, lambak, tani & seumpamanya. Kos gaya hidup lain maksud. Pihak yg nak bergaya tak pergi pasar2 begini.






Saturday, January 13, 2018

Lawat Tanaman Kelapa Matang di Kampung Sg. Naga Laut - DUN Pulai Sebatang

13 Januari - Lawat tanaman kelapa pandan & kelapa matag di Kpg Sg Naga Laut, DUN #PulaiSebatang #Pontian. Bersama DO Hj Shukri. Di #Malaysia ni campak plastik & batu sahaja yg tak tumbuh. Peribahasanya. Yg lain tumbuh segar subur jadi #RezekiHalal kpd #BangsaUsahawan yg terus berusaha gigih.





Ziarah Kasih : Solat Zuhur di Masjid Pt. Kudus DUN Pulai Sebatang

13 Januari - Sesekali org kpg minta saya jadi imam solat. Solat Zohor hari ini, imam Masjid Pt Kudus (DUN #PulaiSebatang ) minta saya imamkan jemaah. Pendidikan sekolah agama waktu petang masa di sekolah rendah dulu melatih kami utk membaca Al-Qur’an, imam solat, ilmu fekah, tauhid, sirah dll.




Thursday, January 11, 2018

Perhimpunan Bulanan MITI

11 Januari - Perhimpunan bulanan MITI yang berlangsung di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan dirasmikan oleh YB Menteri, Dato Sri Mustapa Mohamed.








Friday, January 5, 2018

Solat Jumaat di Masjid Jamek Kg. Baru Kuala Lumpur

5 Januari - Solat #Jumaat di Masjid Kg. Baru tghari ini. Selepas pagi ini jumpa pegawai2 smecorp.gov.my dan mida.gov.my sebelum ke smebank.com.my - Moga hari ini ceria utk semua tak kira apa kerjaya anda. Mari kita usaha yg terbaik utk diri, keluarga & negara.




Ceburi Perniagaan Online

5 Januari - Ceburi perniagaan. Jadi #BangsaUsahawan. Bidang digital antaranya. Lihat goecommerce.my belajar secara percuma ttg e-marketing. Hubungi miti.gov.my / smecorp.gov.my / matrade.gov.my ttg e-trade. Berniaga, fikir besar tapi bermula dgn kecil..