Wednesday, March 21, 2018

[Video] : Sidang Dewan Rakyat 14 Mac 2018 - Menjawab Soalan No. 3 & 5


14 Mac 2018 : Saya telah menjawab soalan nombor 3 dan nombor 5. Tonton video di bawah untuk ucapan penuh.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam sejahtera, dan salam negaraKu 1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Kota Samarahan. Sektor e-dagang telah mencatat pertumbuhan
yang ketara kebelakangan ini dari segi sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi
negara. Data Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan sumbangan e-dagang kepada
KDNK telah meningkat kepada 6.1 peratus iaitu 74.6 bilion pada tahun 2016 berbanding
5.9 peratus atau 68.3 bilion pada tahun sebelumnya. Bagi memastikan sektor e-dagang
atau e-commerce terus berkembang, kerajaan telah melaksanakan Pelan Hala Tuju
Strategik e-Dagang Kebangsaan dengan izin National e-Commerce Strategic Roadmap
(NESR) sejak bulan Oktober 2016.

Pelan hala tuju ini telah menetapkan sasaran untuk menggandakan kadar
pertubuhan ekonomi e-dagang di Malaysia daripada 10.8 peratus pada tahun 2016
kepada 20.8 peratus menjelang 2020. Kadar pertumbuhan ini akan menyumbang lebih
211 bilion nilai KDNK berbanding sasaran awal yang telah ditetapkan di bawah
Rancangan Malaysia Ke-11 sebanyak 114 bilion. Pelan hala tuju ini tertumpu pada enam
teras utama iaitu:

(i) mempercepatkan tahap aplikasi e-dagang;
(ii) meningkatkan penggunaan e-perolehan di kalangan komuniti
perniagaan;
(iii) menghapuskan halangan bukan tarif bagi aktiviti e-dagang
rentas sempadan, e-pembayaran dan perlindungan pengguna;
(iv) menyelaraskan insentif ekonomi semasa;

DR.14.3.2018 9
(v) pelaburan strategik di dalam syarikat-syarikat e-dagang
tempatan; dan

(vi) mempromosikan jenama negara bagi meningkatkan transaksi e-
dagang rentas sempadan.

Pelaksanaan pelan hala tuju ini dipantau oleh Majlis e-Dagang Kebangsaan yang
dipengerusikan oleh MITI. Manakala Sekretariat NECC diterajui secara bersama oleh
MITI dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC). Antara inisiatif utama yang telah
dilaksanakan; -

(i) pelancaran platform Go eCommerce pada 26 Julai 2017;

(ii) pelbagai program bimbangan dan latihan kepada PKS tempatan
dengan usaha sama Ali Baba, Lazada, 11th Street, Google;

(iii) kerjasama antara MATRADE dengan e-Market place tersohor
seperti Trade India, Dagang Halal, AladdinStreet, Amazon,
eBay, Ali Baba, Q10, Directdotcom, MatahariMall, JDdotcom,
Timor Global dan skim e-trade;

(iv) penganjuran inisiatif seperti program mengupayakan ebayaran
untuk PKS dan perusahaan mikro serta MyCyber Sale,
eUsahawan, eRezeki bersama dengan MDEC dan SME Corp;
(v) penganjuran forum digital pada 8 Februari 2018 yang dihadiri
oleh 2,500 peserta;

(vi) inisiatif menggalakkan aktiviti berkaitan dengan cashless
society, dengan izin yang dijalankan oleh Bank Negara Malaysia;
dan

(vii) pelancaran projek perintis Zon Perdagangan Bebas Digital
(DFTZ) pada 3 November 2017 oleh Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri bagi meningkatkan penglibatan PKS tempatan
dan transaksi e-dagang di peringkat global. Sejak projek perintis
ini dilaksanakan 2,072 PKS tempatan telah pun berdaftar untuk
mengeksport produk mereka menerusi platform Alibabadotcom.

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment